Our Products

Tags:

Perbaharui Keahlian Sediada – Sesi 2022 (RENEW)

RM45.00

Perbaharui Keahlian Sediada – Badan Khairat Kematian Surau Al-Muqarrabin (RENEW)

Out of stock

SKU: eKhairat03 Category: Tag:
Share This Post:

Description

Terma dan Syarat – Keahlian BKKSM 2022

1. Keahlian
Ketua keluarga(suami atau isteri) serta orang perseorangan yang menetap di ALAM SURIA sahaja (samada mastautin atau menyewa) merangkumi fasa-fasa 5A3, 5A5, 5A6 dan 5A7 sahaja.

2. Definasi Ahli
Bermastautin di Alam Suria Fasa 5A3, 5A5, 5A6 dan 5A7 Bandar Puncak Alam. Ahli aktif adalah ahli yang memperbaharui keahlian untuk tahun itu.

3. Tanggungan • Suami/Isteri atau Isteri-isteri
Suami/isteri atau isteri-isteri(yang menetap di Alam Suria sahaja dan telah di daftarkan dalam borang khairat atau kemaskini maklumat)

• Anak-anak:
(i) Anak
Anak atau anak-anak ahli yang berumur 23 tahun ke bawah
(ii) Anak tiri
Anak atau anak-anak seorang janda atau duda yang dikahwini oleh ahli.(telah di daftarkan dalam borang khairat atau kemaskini maklumat)
(iii) Anak angkat
Anak atau anak-anak yang di bela sejak kelahirannya dan disahkan status anak tersebut.

4. Ibubapa atau mertua
Ibubapa atau mertua BUKAN tanggungan ahli. Boleh mendaftar sebagai ahli kepada BKKSM dengan syarat tinggal bersama atau menetap di Alam Suria 5A3, 5A5, 5A6 atau 5A7.

5. Bayi berumur kurang 6 bulan, Janin yang cukup sifat yang meninggal dunia.
Untuk bayi yang baru lahir atau berumur kurang daripada 6 bulan, bayaran sumbangan sebanyak
RM300 untuk pengurusan jenazah ini. Tiada solat jenazah dan bacaan Tahlil untuk arwah bayi ini.

6. Tempoh Perlindungan
Tempoh perlindungan adalah sah dan diguna pakai sehingga 31hb May 2023.

7. Yuran keahlian, tahunan dan Manafaat

7.1 Yuran tahunan untuk ahli (termasuk tanggungan ahli) adalah sebanyak:
RM 45.00(Ringgit: Empat Puluh Lima sahaja).

7.2 Yuran keahlian RM10 dikenakan kepada ahli baru dan bayaran adalah sekali seumur hidup. RM10 juga dikenakan kepada ahli yang tidak memperbaharui keahliannya untuk tahun sebelumnya (Ahli Tidak Aktif).

BAYARAN BOLEH DI SALURKAN KE AKAUN KHAIRAT:
Nama Akaun: SURAU AL-MUQARRABIN
Nombor Akaun: 1101539877
Nama Bank: Bank Rakyat
Sila lampirkan slip pembayaran ke 017-8877124 ( Bilal Kamarul )

7.3 Manfaat : UNTUK AHLI YANG AKTIF SAHAJA.

Orang yang di lindungi Umur Manafaat
Ahli yang berdaftar Tiada had umur RM 1000.00

 

Tanggungan Umur Manafaat
Suami/Isteri/Isteri-isteri Tiada had umur RM 1000.00
Anak/anaktiri/anak angkat 23 tahun ke bawah RM 1000.00

8. Kos/Perbelanjaan Urusan Jenazah

*Bagi bukan ahli atau keahlian tidak aktif BKKSM, keseluruhan kos adalah ditanggung oleh waris.

Urusan Kos untuk AHLI
Tanah kubur(liang/lahat)* RM 650.00
Kain kafan serta peralatan RM 150.00
Mandi jenazah RM 200.00
Van/kenderaan jenazah            Percuma radius Puncak Alam
Jamuan & tahlil 3 malam di SURAU Sumbangan BKKSM
Jumlah keseluruhan RM 1000.00

*Kos tanah kubur telah ditetapkan oleh pihak Tanah Wakaf Perkuburan Masjid Puncak Alam
dan MESTI di bayar kepada Bendahari Masjid Puncak Alam pada hari pengkebumian tersebut.

Nota:

  • Adik/abang/kakak, ipar, sepupu, datuk dan nenek TIDAK tertakluk di bawah tanggungan, mereka mestilah mendaftar atas nama sendiri dan MESTI menetap di Alam Suria.
  • Manfaat ahli adalah tertakluk kepada dana yang terkumpul di dalam simpanan BKKSM. Namun sekiranya dana yang ada tidak mencukupi, pihak AJK BKKSM akan menjalankan tabung kutipan khas daripada ahli BKKSM untuk menampung kos pengurusan jenazah.

Copyright 2021. Badan Khairat Kematian Surau Al-Muqarrabin